Want your
own Fotopage?








 
Diari kehidupan

By: Norie Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 10-Oct-2008 04:27 Email | Share | Bookmark
Catatan perjalanan 1 - Gold Coast, Australia

Ada lebihkurang sebulan lagi percutian kami ke Europe..urusan hampir selesai..hanya hotel di London belum ditempah dan beberapa tiket ke tempat yg ingin kami lawati..tak sabar untuk jejakkan kaki ke sana..

Ini adalah percutian ke luar negara sekeluarga buat kali ke tiga. (tolak Umrah & Haji)

Ayah beri 2 syarat utk keluar negara
1. Abiskan jelajah malaysia dulu
2. Selesaikan dulu rukun Islam ke 5

Kali pertama ke luar negara adalah perjalanan ketika mama & ayah menunaikan ibadah umrah pada tahun 2002. Masa tu mama hanya pergi dengan ayah shj. Pada tahun 2004, sekali lagi mama & ayah ke tanah suci utk menunaikan rukun islam kelima...Alhamdulillah. Semoga ibadah Haji kami diterima oleh Allah swt dan dikurniakan Haji yang mabrur

Pada May 2007, kami sekeluarga telah bercuti ke Gold Coast, Australia selama 6 hari 4 malam..Sebenarnya ayah dapat hadiah dari MAS Enrich sbb masa ayah apply enrich card, kena jawab few question..rupa2nya rezeki kami..ayah dapat hadiah ke Gold Coast utk 2 org selama 3 hari 2 malam..Ayah cakap boleh pegi semua..kami hanya spend tambang flight utk anak2. Hotel yg ditawarkan adalah Hotel Legend, tapi tak cukup utk kami berlima..and will cost us a bomb kalau nak tambah lagi utk 3 org and 2 more nites.. Mama terpaksa lah survey2 apartment supaya dapat masak sekali..

Ini merupakan percutian keluar negara yang pertama utk kami sekeluarga..we spent 3 days at 3 theme park..so exciting..diari perjalanan secara ringkas seperti berikut :

27/5/2007 - perjalanan ke Gold Coast dengan menaiki MAS ke Brisbane via Sydney. Urusan di Airport Brisbane sgt lancar..semua bekalan yg mama bawa terlepas dari dirampas wp kami dah dengar macam2 cerita..Dari airport Brisbane, kami menaiki airport transfer ke Gold Coast. Kami menginap di apartment Paradise Tower yg terletak di tengah2 Surfers Paradise..perjalanan yg meletihkan but full with excitement

28/5/2007 - aktiviti bermula agak lewat disebabkan kami pun sampai jam 1 pagi dan perjalanan yg agak panjang..kami menunggu kereta sewa agak lama juga sebelum dapat memulakan pengalaman pertama kami ke Movie World..cuaca agak nyaman kerana ia merupakan permulaan musim sejuk di sini..(tapi tak ada snow)..cuaca ala ala genting highland kalau di Malaysia ni..Kami tidak memerlukan map kerana sign board adalah begitu mudah dan mama telah cam jalan sebab dalam perjalanan dr Brisbane airport semalam mama dah nampak movie world & Dreamworld..

Mama dah tempah tiket secara online. Tak perlu utk q lagi..oleh kerana tiketnya join dgn sea world, gambar kami diambil untuk di tampal di tiket kami dan di guna semula utk Sea world pula..tiket ni mama simpan & masuk album

Dari saat kami menjejakkan kaki ke pintu gerbang movie world, maka bermula lah perjalanan yg tersangat excited nya..satu pujian utk Australia..Musola disediakan siap dengan sejadah & ruang solat yg berasingan utk muslimin & muslimat..Hari pertama, kami agak confuse dgn waktu solat sbb waktu siang hari di Australia pd masa ini agak pendek. Jam 530 dah masuk waktu maghrib..

Kami meninggalkan Movie world dengan senyuman puas hati..oleh kerana dah masuk waktu maghrib, dan perut pun dah berkeroncong, kami terus menuju pulang utk makan & solat. Jam 8 malam agak awal utk aktiviti tidur, mama, ayah & adik keluar semula berjalan kaki disekitar Surfers Paradise. Abang & kakak surrender..dah terlalu letih

Kami beli kebab berhampiran dengan apartment kami. Kebetulan kami berjumpa dgn satu kedai owned by Malaysian berhampiran Hotel Legend. Dengar kabar, restoren seafood disitu adalah milik rakyat malaysia..terima kasih kpd Mr Vincent & assistant yg begitu ramah , baik hati & menawarkan harga yg sgt berpatutan bg souvenir2 yg kami beli..

29/5/2007 - selepas selesai sarapan pagi yg heavy & siap2 kan bekalan, kami menuju ke Dream world pula. Cuaca tidak menyebelahi kami. Beberapa kali kami stranded disebabkan hujan lebat. Walau bagaimana pun, kami amat berpuashati..anak2 begitu excited & berebut to experience everything..kami tidak ambil any rides sbb semuanya extreme...we focus more on shows. However, we missed the 4D theatre show..
Dreamworld juga menyediakan ruang solat yg cukup selesa dan jiuga restaurant HALAL yg mahal seperti bedil

Hari ni ayah belanja kami makan di Restoren Maharani bertentangan dgn Paradise Tower...Restoren ini juga milik rakyat malaysia ..hidangannya sudah tentu menu Malaysia..order pun cakap melayu

Sebelah malamnya, sekali lagi, kami berjalan2 disekitar surfers paradise & saje2 naik bas to appreciate..the bus driver is so friendly wp slang nya kami kurang faham..naik bas, turun bas, tukar bas..

Shopping complex di Gold Coast tutup jam 530 ptg..

30/5/2007 - Hari ini kami ke Sea World pula..Sea World terletak paling hampir dgn Surfers Paradise...Ayah terus ambil map sea world, check the programme & plan supaya tidak berlaku aktiviti rebutan seperti yg berlaku di Dreamworld. This time, everything was well planned and kami dapat lawat almost all shows & rides..Adik insist to watch again Dolphin show. Kami tengok 2 x..Naik ride.. Mama menjerit bagai nak gila atas pirate ship..taubat taknak naik dah...100x lebih gerun compared to genting..Ada monorail, sky cab, Sea world eye..Pemandangan yg sungguh indah..terpegun dgn keindahan Alam ciptaan Allah..
Ayah awal2 lagi mengerah kami utk solat sebelum kami leka dgn aktiviti2 lain..ruang solat yg berasingan utk lelaki dan perempuan..di pintu tertulis..common prayer room, all religion are welcome :surprised:

Sebelah malamnya, ronda lagi...

31/5/2007 - kami check out pd jam 10 pagi. Mr Peter Nissen benarkan kami utk simpan luggage dalam stor sbb kami hanya akan bertolak ke Brisbane pd jam 5 ptg. Ayah drive ke arah selatan menyusur jalan sepanjang pantai..kemudian kami berpatah balik utk cari masjid gold coast & harbour town. Alhamdulillah selepas beberapa kali ter'silap' pilih jalan, kami akhirnya jumpa masjid secara tidak sengaja

selesai solat, kami terus keluar & 'terjumpa' pula Harbour Town Factory outlet..baru beberapa kedai kami intai, budak2 dah merungut2 lapar..one of the sales girl inform, ada restaurant Nando's berhampiran and its HALAL..kami meninjau2 di restaurant Nandos. Lama mama berdiri dan memerhati sampai mama ternampak certificate HALAL yg tergantung di belakang counter.. honestly, di Malaysia pun kami tak pernah jejak Nandos..

Selesai order dan duduk sambil enjoy our lunch, one lady bertudung memberi salam. Are you from Malaysia. Sister itu bertanya..mama dgn bangganya menjawab..Oh yes..we are Malaysian. Mama ingatkan org Arab, rupa2nya she is Australian(asal British) and Muslim. She informed she visit Malaysia every year, and will not miss Sunway Lagoon everytime come to Malaysia. Mama telan air liur..kita pun tak pernah masuk Sunway Lagoon
She informed us, Nandos is HALAL thru out Australia..and ada jugak Kebab restaurant kat situ..yg kami tak jumpa pun..

Cuaca hari ini sgt cerah tetapi berangin..lebih sejuk dari biasa..sejuknya hingga terasa ke tulang sum sum
Oleh kerana kami tak de apa yg nak dicari di Harbour Town sbb harganya kalau convert pun mcm harga kat Malaysia jugak, so kami meninggalkan Harbour Town . Kami dah tak tahu nak tuju kemana, terus ke Surfers Paradise utk pulangkan kereta yg di sewa. Selesai urusan, kami lepak2 sebentar di sekitar stesen bas/train yg begitu bersih dan kemas..kami menapak pulang ke Paradise Tower yg terletak berhampiran. We plan to have our dinner lebih awal di restaurant Maharani, tetapi malangnya restaurant belum open for business. They only except kalau nak odr utk tapau..ok la..kita tapau dan makan di Brisbane airport nanti..kami ke Paradise Tower utk ambil luggage, dan tunggu di bawah for airport tansfer. Jam 6 ptg kami sudah sampai di Brisbane airport. keadaan sudah gelap(dah malam). Kakak batuk2 dan muntah dlm bas tersebut.. kesian kakak..nasib baik dah nak balik..she is not feeling well..

Counter check in masih tutup..masih awal..flight jam 12 malam..kami makan dulu..nasib baik ada bw bekal air..tidak ada gerai yg buka utk beli air..awalnya they close business..selesai makan, kami bergilir2 solat maghrib jamak with Isya..ada common prayer room....ada bible & lambang buddha juga..no choice

Selesai check in, masih ada 2 jam sebelum dapat boarding. Kami lepak2 di waiting area sambil tinjau2 kedai..mahal jugak & dalam poket ada beberapa AUD jek yg tinggal..Abang nak beli jersey Australia..murah je..AUD38 ..mama bg tahu Abg, tolong darab 3..tapi ayah kalah jugak dgn Abang..beli jugak..

1/6/2008 - Kami mendarat di KLIA jam 6 pagi waktu Malaysia..selesai solat subuh, kami collect luggage & ambil limo utk ke Shah Alam..

Kami tido the whole day..keletihan...

Tips berjimat - masak sendiri
Lesson learned - mama sepatutnya semak waktu solat sebelum pergi bercuti

Gambar akan di tambah kemudian



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net